Boleh Kami Tahu Apa Yang Anda Cari?

Saturday 24 August 2013

Panduan Membeli Mainan Untuk Anak.


1. Pilih alat permainan selamat
- Sebelum membeli pastikan alat permainan sesuai dengan usia anak, minat dan tingkat kemahiran mereka.
- Apabila membeli baca label. Lihat bentuk, jenis bahan digunakan, ikuti panduan umur dan maklumat keselamatan yang tertera pada belakang kotak. 
- Pastikan tiada benda kecil pada permainan yang boleh menyebabkan anak tercekik. 

2. Periksa alat permainan yang boleh membahayakan kesihatan
- Periksa sekiranya alat permainan boleh rosak dan menjadi serpihan kecil sehingga menyebabkan tercekik. 
- Segera perbaiki atau elakkan membeli alat permainan yang mudah rosak. 
- Kanak-kanak tidak boleh bermain alat permainan bertali yang boleh menyebabkan mereka terjerut.
- Elakkan membeli alat permainan menggunakan elektrik bagi kanak-kanak di bawah usia lapan tahun.
- Alat permainan yang mempunyai hujung yang tajam boleh menyebabkan luka atau tertikam.
- Elakkan alat permainan mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat dan plumbum yang terdapat dalam cat.

3. Sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain
- Awasi kanak-kanak ketika mereka bermain alat permainan bergerak, mempunyai bebola kecil, magnet, menggunakan bateri dan kuasa elektrik, bertali serta beroda yang boleh membahayakan mereka. 

4. Pastikan alat permainan boleh digunakan dalam suasana selamat.
- Permainan bergerak tidak boleh digunakan berhampiran tangga, jalan raya dan kolam mandi. Ini kerana permainan ini boleh menyebabkan kematian dan kecederaan apabila kanak-kanak jatuh daripada alat permainan. 
- Sentiasa berinteraksi dan membabitkan diri ketika anak-anak bermain kerana ini akan membuatkan permainan menjadi lebih bermakna. 

5. Pastikan alat permainan disimpan di tempat selamat
- Ajar anak-anak untuk menyimpan alat permainan di tempatnya semula selepas bermain.
Ini adalah antara tips yang PERLU ibubapa ambil berat sebelum mengambil keputusn sebelum membeli sesuatu alat mainan.

Borang Pesanan

Sebarang pesanan boleh lah isi borang di bawah ya.

Saya Pernah beli disni Belum
Name:
Email :
Alamat:
Poskod
No. Handphone
No. Handphone (optional)
Saya ingin pesan

Sila nyatakan kuantiti. Terima kasih.

This online form was provided by Freedback.